Speaker: Saya tak keluarkan surat beritahu PM tiada majoriti
Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun menafikan laporan bahawa dia mengeluarkan surat kepada Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan perdana menteri hilang majoriti.
“Saya menafikan laporan berita tersebut dan ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa surat kepada YAB perdana menteri seperti yang dilaporkan.
“Berita tersebut adalah berita palsu,” katanya.
Sebelum ini beredar maklumkan yang menggunakan logo portal Suara TV bertajuk “Perdana menteri terima surat speaker maklum tiada majoriti, mahu bubar parlimen”.
Sebaran itu mendakwa surat itu menyebut seramai 121 ahli parlimen menolak Muhyiddin, sekali gus hilang keabsahan mengikut perlembagaan dan dia diminta meletakkan jawatan segera.
Sementara itu, editorial Suara.TV juga menafikan mereka mengeluarkan laporan itu.
“Adalah dinyatakan, artikel yang tular menggunakan logo Suara.TV adalah palsu dan berniat jahat,” menurut portal itu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai