PM menghadap Sultan Johor, terangkan perkembangan semasa negara
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru, tengah hari tadi.
"Saya menjemput beliau untuk santapan tengah hari dan beliau turut mempersembahkan kepada saya mengenai perkembangan negara pada masa sekarang,” titah Sultan Johor dalam sahtu hantaran Facebook.
Sesi menghadap itu di tengah-tengah persoalan berhubung keabsahan Muhyiddin selaku perdana menteri, selepas Ahmad Zahid Hamidi dan sejumlah ahli parlimen Umno menarik balik sokongan mereka.
Semalam, Istana Negara dilaporkan mahu Muhyiddin mempercepat sidang Dewan Rakyat untuk undi percaya dilaksanakan.
Sebelum ini, Muhyiddin, yang menegaskan masih mendapat sokongan majoriti di Parlimen, berkata akan membuktikannya menerusi undi percaya apabila Parlimen bersidang September depan.
Bagaimanapun, pembangkang menuntut agar ia diadakan secepat mungkin.
Pada Selasa lalu, Sultan Ibrahim menyuarakan kekecewaannya dengan perselisihan politik di tengah-tengah lonjakan kes Covid-19. Wabak ini telah meragut lebih daripada 11,000 nyawa di Malaysia setakat ini.
Dalam ucapan perasmiannya di DUN Johor pagi ini, baginda memberi amaran akan membubarkan DUN jika wakil rakyat jika ada sebarang usaha menjatuhkan kerajaan sedia ada, dan menekankan pilihan raya akan diadakan apabila penularan Covid-19 terkawal.
Sementara itu, Muhyiddin, yang juga Adun Gambir, berada di Johor untuk menghadiri hari pertama persidangan DUN.
Menurut Bernama, dia duduk di barisan yang sama dengan dua bekas menteri besar, Johor Osman Sapian (Bersatu-Kempas) dan Dr Sahruddin Jamal (Bersatu-Bukit Kepong).
Perikatan Nasional mempunyai 29 kerusi di DUN Johor, manakala PH dengan 27 kerusi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai