Skip to main
Logo Malaysiakini

Taliban tawan Kandahar, bandar kedua terbesar di Afghanistan

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

GLOBAL | Taliban pada Khamis berjaya menawan Kandahar, bandar kedua terbesar di Afghanistan, menurut seorang sumber.

Kandahar menjadi bandar ke-12 yang dikuasai sebahagian atau sepenuhnya oleh Taliban selepas Ghazni, Herat, Fayzabad, Aybak, Qala-e-Nau, Lashkargah, Zaranj, Sheberghan, Kunduz, Taluqan dan Sar-e-Pul, lapor Agensi Anadolu.

Pada pagi Khamis, Taliban turut mendakwa telah menawan bandar strategik, Ghazni yang terletak di tengah Afghanistan dan bandar ketiga terbesar di barat Herat.

Terletak kira-kira 150 kilometer dari Kabul, Ghazni menghubungkan selatan dan barat Afghanistan dengan ibu negara.

Pada Rabu, Taliban menawan bandar Fayzabad, berhampiran Tajikistan.

Selepas menguasai hampir 200 daerah luar bandar bulan lalu ketika pengunduran pasukan Nato, Taliban melancarkan serangan ke bandar-bandar besar, menimbulkan panik dan kegelisahan dalam kalangan orang awam.

- Bernama