Skip to main
Logo Malaysiakini

21,468 kes baru, 277 kematian

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Jangkitan Covid-19 masih tidak menunjukkan penurunan apabila sebanyak 21,468 kes baru direkodkan setakat jam 12 tengah hari tadi.

Selangor kekal menjadi negeri yang mencatatkan angka tertinggi iaitu 7,449 kes, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,183 kes, manakala lima negeri lain terus mencatatkan empat angka dengan masing-masing merekodkan lebih 1,000 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) turut memaklumkan sebanyak 277 lagi kematian  di seluruh negara, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 11,968 orang.

Sebanyak 41 kluster baru dikesan dengan jumlah kluster aktif kini adalah adalah 1,293.

Sementara itu, Perlis yang telah memasuki fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) menyaksikan lonjakan kes sekali ganda dengan sebanyak 50 kes baru dilaporkan berbanding 23 kes semalam.

  • Pesakit sembuh: 17,025
  • Kes baru: 21,468 kes
  • Kes aktif: 241,187 kes;
  • Pesakit di ICU: 1,075
  • Pesakit perlukan bantuan pernafasan: 537 kes
  • Kematian : 277 kes 

Berikut ialah bilangan kes mengikut negeri:

Selangor - 7,449 
Kuala Lumpur- 2,183
Kedah - 1,807
Johor - 1,485
Sabah - 1,654
Pulau Pinang - 1,316
Kelantan - 1,088
Negeri Sembilan - 974
Perak - 940
Melaka - 723 
Sarawak - 715
Pahang - 572
Terengganu - 440
Labuan - 6 
Putrajaya - 66
Perlis - 50 


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.