Skip to main
Logo Malaysiakini

1,159 Orang Asli di Batang Padang positif Covid-19 setakat ini

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sehingga kini, seramai 1,159 penduduk Orang Asli di daerah Batang Padang didapati positif COVID-19 dengan 12 kematian dilaporkan akibat jangkitan wabak itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak Datuk Dr Ding Lay Ming dalam kenyataan berkata punca jangkitan bermula daripada Orang Asli yang bekerja di luar kawasan itu.

"Tindakan kawalan jangkitan dibuat melalui pengasingan dan rawatan di Pusat Kuarantin Risiko Rendah COVID-19 (PKRC) Sungkai khas bagi pesakit COVID-19 dalam kalangan Orang Asli dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di 24 kampung terlibat di daerah itu," katanya.

Dalam pada itu, Dr Ding berkata sehingga hari ini, seramai 10,221 penduduk Orang Asli atau 45.5 peratus telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

"Sasaran 80 peratus orang dewasa Orang Asli di negeri ini menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dijangka akan dicapai akhir bulan ini," katanya.

- Bernama