Skip to main
Logo Malaysiakini

20,670 jangkitan baru, kes empat angka di KL dan tujuh negeri

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 20,670 kes Covid-19 baru, menjadikan jangkitan kumulatif 1,384,353.

Terdapat juga 260 kematian baru dilaporkan hari ini.

Kes aktif: 243,942
Pesakit di ICU: 1,096
Pesakit memerlukan bantuan pernafasa: 540

Sebanyak lapan negeri dan wilayah persekutuan mencatat jangkitan baru dalam empat digit, iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Sabah, Johor, Kelantan, Pulau Pinang, dan Perak.

Sebanyak 1,370 jangkitan baru yang dicatatkan di Kelantan, yang merupakan tahap tertinggi baru. Rekod sebelumnya adalah 1,283 yang didaftarkan pada 11 Ogos.

Pahang dan Perlis juga mencatat rekod tertinggi jangkitan baru.

Perlis mencipta rekod baru untuk hari kedua berturut-turut dengan 61 kes baru, setelah mencatat rekod semalam dengan 50 kes baru.

Sementara itu, rekod tertinggi Pahang pada 794 adalah 80 kes lebih tinggi daripada rekod sebelumnya (714) pada 7 Ogos.

Kes baru berdasarkan negeri:
Selangor (6,606)
Kuala Lumpur (2.028)
Kedah (1,796)
Sabah (1,752)
Johor (1,425)
Kelantan (1,370)
Pulau Pinang (1,251)
Perak (1,003)
Pahang (794)
Negeri Sembilan (727)
Sarawak (725)
Terengganu (560)
Melaka (521)
Perlis (61)
Putrajaya (51)
Labuan (0)

Kematian

Jumlah kematian hari ini menjadikan angka kematian keseluruhan menjadi 12,228 orang.

Kematian baru dilaporkan berlaku di Selangor (77), Kuala Lumpur (56), Johor (50), Perak (18), Negeri Sembilan (16), Kedah (14), Sabah (10), Melaka (8), Terengganu (5 ), Kelantan (2), Pulau Pinang (2), Pahang (1), dan Sarawak (1).

Sebanyak 68 pesakit dilaporkan meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital.

Kluster

Sebanyak 1,308 daripada 4,154 kluster masih aktif. Ini termasuk 34 kluster baru yang dilaporkan hari ini.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.