Skip to main
Logo Malaysiakini

Hospital jamin sokongan tambahan pada pesakit lepas bil RM346k tular

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Hospital Pakar KPJ Damansara di Petaling Jaya, Selangor hari ini mengatakan bahawa mereka memberikan sokongan tambahan kepada keluarga pesakit Covid-19 yang menjadi tumpuan selepas bil hospitali mereka tular baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu mengatakan bahawa mereka mempunyai hubungan "hormat dan belas kasihan" dengan pesakit itu dan keluarga mereka.

"Ini adalah untuk menjelaskan mengenai isu berkaitan dengan bil perubatan untuk rawatan yang melibatkan jangka masa rawatan yang panjang di Unit Rawatan Rapi (ICU) telah beredar di salah satu platform pesanan mesej popular.

"Kami memberi jaminan bahawa kami menyediakan penjagaan terbaik kepada semua pesakit kami dan memberikan sokongan tambahan kepada keluarga mereka.

"KPJ Damansara komited dengan piawai keselamatan tertinggi yang melibatkan orang awam, pelanggan, dan kakitanya.Kami tetap mengikut panduan, jangkaan dan peraturan Kementerian Kesihatan," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu hadir selepas gambar bil hospital, yang mempunyai logo syarikat itu, beredar di media sosial baru-baru ini.

Dokumen tersebut menunjukkan bahawa seorang pesakit didakwa dikenakan bil sejumlah RM346,182,48 oleh hospital, setelah menerima rawatan untuk Covid-19 termasuk 46 hari di ICU hospital.

Nama pesakit dan maklumat lain tidak ditunjukkan pada gambar itu.