‘Mesyuarat terakhir selesai, sekarang tawakallah’
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali berkata “mesyuarat kabinet terakhir” kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah selesai dan kini apa yang boleh dilakukan adalah bertawakal.
“Alhamdulillah. Selesai mesyuarat kabinet terakhir kerajaan Perikatan Nasional pagi ini. YAB perdana menteri akan bergerak untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong.
“Tawakal kepada Allah selepas bertekad seusai mesyuarat,” katanyanya sambil mememetik ayat al-Quran yang memerintahkan umat Islam berserah diri kepada Allah setelah membuat keputusan.
Sebentar tadi Muhyiddin dilaporkan tiba di Istana Negara, difahamkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Terdahulu, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas kabinet kira-kira tiga jam.
Spekulasi bertiup kencang bahawa dia akan meletakkan jawatan hari ini setelah gagal mendapatkan sokongan pembangkang untuk berdepan undi tidak percaya di parlimen.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai