Bekas pegawai kanan PBT dibebaskan dengan jaminan SPRM
Seorang bekas pegawai kanan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang direman enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah ketika bertugas di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dibebaskan hari ini dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perintah tamat reman itu dikeluarkan Majistret Normadiana Mamat dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000 tanpa deposit dan seorang penjamin berserta syarat melapor diri di pejabat SPRM berhampiran pada setiap bulan.
Lelaki berusia 60 tahun itu direman tiga hari bermula 11 hingga 13 Ogos lepas dan dilanjutkan tiga hari lagi sebelum dibebaskan hari ini.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Pada 10 Ogos lepas, individu berkenaan ditahan SPRM selepas disyaki menerima rasuah daripada kontraktor ketika berkhidmat di MBIP.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai