Skip to main
Logo Malaysiakini

Noor Hisham: Varian Lambda belum dikesan di Malaysia

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Varian Lambda wabak Covid-19 belum dikesan di Malaysia, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

“Ujian pemeriksaan genomik terbaru menunjukkan kesemua 43 sampel merupakan dari varian delta, sebagai VOC (varian yang membimbangkan) yang dominan.

“Setakat ini tidak ada varian Lambda yang dikesan di negara kita," ciapnya di Twitter.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan tentang jika varian Lamda telah berada di Malaysia.

Menurut kajian, varian Lambda lebih berbahaya daripada varian Delta dan lebih 'bertahan' terhadap kesan vaksin.

Sebelum ini, Reuters melaporkan kajian yang mendapati terdapat tiga mutasi pada unsur protein 'spike' pada varian Lambda, yang menjadikannya lebih 'bertahan' terhadap kesan vaksin.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan jenis vaksin yang lebih atau kurang berkesan terhadap varian tersebut.

Setakat ini, varian Lambda yang paling hampir dengan Malaysia adalah di Filipina.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengklasifikasikannya sebagai varian perlu perhatian (VOI), bukannya varian yang membimbangkan (VOC).