Varian Lambda dikesan di Bangladesh
GLOBAL | Bangladesh telah mengesan kehadiran varian Lambda yang dijumpai dalam sampel seorang wanita berusia 49 tahun di Dhaka.
“Varian baru itu dikenal pasti dari sampel jujukan genom yang diperoleh Majlis Penyelidikan Saintifik dan Industri Bangladesh (BCSIR) dan Universiti Jahangirnagar pada Mac.
"Kami kemudian menyerahkan laporan itu kepada Global Initiative on Sharing All Influenza Data (Gisaid) Jerman untuk kajian lanjut dan hasil keputusan ujian adalah sama," kata pegawai saintifik BCSIR, Salim Khan, kepada Agensi Anadolu.
Varian Lambda dipercayai berasal dari Peru dan menyumbang hampir 81 peratus kes di negara itu.
Bangladesh pada Isnin merekodkan 174 lagi kematian dan 6,959 kes jangkitan akibat Covid-19, menjadikan jumlah korban terkini mencecah 24,349 dan kes keseluruhan 1,425,861, menurut Direktorat Perkhidmatan Kesihatan Awam (DGHS).
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai