Ramasamy pandang sinis tawaran PM baru
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy memandang sinis terhadap tawaran perdana menteri untuk melibatkan pembangkang dalam perang melawan Covid-19.
Katanya, apa yang diutarakan Ismail Sabri Yaakob itu cuma latihan perhubungan awam.
“Sebagai perdana menteri yang baru, dia perlu melakukan latihan perhubungan awam bagi menunjukkan dia tidak partisan dalam aspek agama dan kaum.
“Ismail Sabri tiada pilihan selain tampil dengan propaganda - sesuatu yang diperlukan untuk kerajaan baru bagi menunjukkan ia mewakili kepentingan dan kebaikan semua,” katanya,
Ismail semalam menawarkan pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong supaya semua pihak melupakan perbezaan demi demi rakyat.
Dia berkata demikian dalam ucapan terbukanya yang pertama setelah mengangkat sumpah.
Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Ramasamy berkata tawaran Ismail tidak harus dipercayai bulat-bulat kerana kerajaan baru ini tidak mempunyai banyak beza dengan kerajaan lama Muhyiddin Yassin.
“Saya percaya pembangkang tak akan terima apa yang dilontarkannya,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai