Skip to main
Logo Malaysiakini

22,642 jangkitan baru, empat negeri catat rekod baru

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Jumlah jangkitan baru kes Covid-19 yang dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi adalah 22,642 kes. Ini menjadikan kes kumulatif terkumpul sebanyak 1,616,244 kes.

Empat negeri mencatatkan kes rekod baru - Kedah, Johor, Perak, dan Kelantan.

Sabah pula menyaksikan lebih 3,000 kes untuk hari kedua berturut-turut.

Sementara itu, jumlah jangkitan baru di Selangor juga meningkat setelah turun di bawah paras 6,000 selama tiga hari.

Secara keseluruhan, sembilan negeri dan wilayah melaporkan kes empat angka, hari ini.

Berikut pecahan mengikut negeri-negeri:

Selangor (6325)

Sabah (3224)

Kedah (2279)

Johor (1832)

Sarawak (1667)

Pulau Pinang (1427)

Kelantan (1424)

Perak (1390)

Kuala Lumpur (1128)

Terengganu (744)

Pahang (522)

Melaka (342)

Negeri Sembilan (269)

Perlis (44)

Putrajaya (21)

Labuan (4)

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan menyatakan daripada 22,642 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 478 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5.

Manakala sebanyak 22,164 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Secara keseluruhan, 18,143 kes (80.1 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Berdasarkan data terkini, nilai kebolehjangkitan Covid-19 atau R-Naught (Rt) Malaysia semalam adalah sebanyak 1.02 dengan negeri yang mencatatkan nilai Rt tertinggi ialah Perlis iaitu 1.28, diikuti Sarawak (1.22) dan Sabah (1.21).

Semua negeri mencatatkan nilai Rt melebihi 1.0 kecuali Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan Negeri Sembilan.

Berikut status terkini kes Covid-19 di Malaysia sehingga 25 Ogos (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh: 20,798 kes (1,337,134 kes kumulatif, 82.7%);

Kes baru: 22,642 kes (1,616,244 kes kumulatif);

Kes import: 5 kes (4 warganegara, 1 bukan warganegara);

Kes tempatan: 22,637 kes [19,028 warganegara (84.1%); 3,609 bukan warganegara (15.9%)];

Kes aktif: 264,292 kes;

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,003 kes;

Kes memerlukan bantuan pernafasan: 490 kes;

Kes kematian: 265 kes [14,818 kes kumulatif, 0.92%;

219 warganegara, 46 bukan warganegara;

69 kes BID (51 warganegara; 18 bukan warganegara)];

Jumlah kluster: 4,548 kluster;

Jumlah kluster baru: 42 kluster;

Jumlah kluster yang telah tamat: 3,090 kluster; dan

Jumlah kluster aktif: 1,458 kluster.