Skip to main
Logo Malaysiakini

Polis rakam kenyataan MP Segambut mengenai poster palsu

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Polis Sentul telah merakamkan kenyataan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh sebagai saksi berhubung poster palsu yang mendakwa dia melaga-lagakan kerajaan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dengan Istana Negara.

Kenyataannya hari ini adalah merujuk kepada laporan polis yang dia buatnya berhubung poster itu pada 31 Julai.

Yeoh, pada sidang media maya di luar ibu pejabat polis daerah Sentul setelah memberikan keterangannya, mendakwa bahawa poster itu diedarkan oleh ahli politik Perikatan Nasional (PN), terutama pemimpin MCA dan PAS.

"Saya harap polis menyiasat ini secepat mungkin.

"Pada waktu yang sama, saya telah mengarahkan peguam saya, Khairil Khalid dan Athari Bahardin, untuk mengeluarkan surat tuntutan kepada ahli politik PN yang kami dapati dalam talian - MCA dan juga, PAS - kerana berkongsi berita palsu," katanya.

Athari berkata mereka akan terlebih dahulu akan meminta individu yang dikenal pasti menarik balik hantaran media sosial berkenaan dan mengeluarkan permintaan maaf secara terbuka.

"Jika tidak, kami akan melakukan saman terhadap individu-individu ini," kata peguam itu.

Poster yang didakwa disertakan dengan komen Yeoh, membawa kapsyen “Bila mahu nafikan?” dan disiarkan di laman Facebook yang dikaitkan dengan PAS.

Bekas timbalan menteri itu sebelum ini telah menafikan kandungan hantaran pada 31 Julai di laman sosial dibuat oleh dirinya.

"Pagi ini, saya diberitahu bahawa ada individu dari PAS menyebarkan poster palsu itu sekali lagi di Facebook, untuk memfitnah saya.

“Semua ini adalah palsudan setiausaha politik saya sekarang ke balai polis untuk membuat laporan," katanya di Facebook.

[Baca berita penuh]