Exco Kesihatan Kedah positif Covid-19
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman disahkan positif Covid-19.
Ketika dihubungi Bernama di Alor Setar hari ini, katanya beberapa gejala seperti demam dan batuk mula dirasakan beliau sejak Ahad lepas dan beliau memutuskan untuk melakukan kuarantin kendiri sebelum menjalani saringan Covid-19 semalam.
Katanya beliau kemudiannya mendapat panggilan daripada pihak kesihatan pagi tadi yang memaklumkan bahawa beliau positif wabak itu.
"Disebabkan saya bergejala, saya memang tidak ke mana-mana sejak Ahad dan melakukan semua urusan secara dalam talian sahaja," katanya.
Katanya beliau kini berada pada tahap kategori 2 dengan mengalami sedikit demam serta batuk dan hanya menjalani kuarantin di rumah.
Dr Mohd Hayati berkata secara keseluruhan keadaannya stabil, namun beliau sentiasa memantau tahap kesihatan terutama paras oksigennya yang kini berada pada tahap 96 dan 97 peratus.
Katanya beliau juga akan hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) untuk melakukan penilaian lebih lanjut.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai