Skip to main
Logo Malaysiakini

Ahmad Sarji meninggal dunia

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Bekas ketua setiausaha negara Ahmad Sarji Abdul Hamid meninggal dunia di sebuah hospital pada 1.40 pagi tadi.

Allahyarham meninggal pada usia 82 tahun dan meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.

Perkara itu dimaklumkan oleh ahli keluarga Ahmad Sarji dalam satu kenyataan hari ini.

“Jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan urusan seterusnya akan dimaklumkan kelak,” menurut kenyataan itu.

Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali turut memaklumkan pemergiannya di Facebook, dan menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh pentadbir perkhidmatan awam yang amat disegani.

"Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid atas pemergian Allahyarham yang telah meninggal dunia pada 28 Ogos (hari ini), jam 1.40 pagi.

"Pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar buat negara melalui jasa dan bakti yang telah dicurahkan selama ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama para solihin," katanya dalam satu hantaran ringkas.

Allahyarham merupakan pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan bekas Ketua Setiausaha Negara dari 1990 hingga 1996.