Skip to main
Logo Malaysiakini

22,597 kes baru, hari ke-10 dalam tempoh dua minggu melebihi paras 20k

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Jumlah jangkitan Covid-19 terbaru 22,597 kes.

Ini bererti jumlah kes keseluruhan yang pernah direkodkan kini 1,685,510 kes.

Selangor kekal penyumbang kes harian tertinggi dengan 5,814 kes baru. Sabah, Sarawak dan Kedah mempunyai lebih daripada 2,000 kes baru sementara Pulau Pinang dan Johor juga hampir mencecah paras itu.

Perlis yang merupakan negeri terkecil mempunyai rekod baru sebanyak 98 kes.

Dalam tempoh 14 hari terakhir, hanya empat hari kes harian di bawah paras 20,000.

Terdapat 252 kematian hari ini.

Kes aktif: 268,548
Pesakit di ICU: 986
Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 451

Lembah Klang mencatat kes sedikit di bawah paras 7,000 kes - paras yang telah dicatatkan selama enam hari dalam tempoh seminggu lalu.

Sabah mencatat penurunan di bawah paras 3,000 selepas empat hari berturut-turut.

Secara keseluruhan sembilan negeri dan wilayah mencatat empat digit hari ini.

Kes baru mengikut negeri:
Selangor (5,814)
Sabah (2,834)
Sarawak (2,427)
Kedah (2,162)
Pulau Pinang (1,920)
Johor (1,896)
Kelantan (1,289)
Kuala Lumpur (1,111)
Perak (1,061)
Terengganu (739)
Pahang (579)
Negeri Sembilan (345)
Melaka (269)
Perlis (98)
Putrajaya (48)
Labuan (5)

Tinjauan data pengujian antara 20 Ogos dan 26 Ogos menunjukkan bahawa 11 negeri dan wilayah memiliki kadar positiviti di atas 10 peratus, menunjukkan bahawa ada pengujian dan laporan kes di wilayah tersebut.

Kematian

Angka kematian kini berjumlah 15,802 orang.

Korban terbaru dilaporkan di Selangor (91), Johor (45), Kuala Lumpur (26), Kedah (18), Pulau Pinang (17), Sabah (17), Melaka (13), Perak (7), Pahang (6), Sarawak (5) Negeri Sembilan (3), Kelantan (2), dan Perlis (1).

Kluster

Sebanyak 1,478 daripada 4,647 kluster masih aktif. Ini termasuk 36 kluster baru yang dilaporkan hari ini.