Skip to main
Logo Malaysiakini

Korban Covid-19 global lepasi 4.5 juta orang

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

GLOBAL | Jumlah kes Covid-19 di seluruh dunia telah melepasi 216.3 juta, manakala jumlah kematian melebihi 4.5 juta, lapor Sputnik.

Menurut data terbaru Universiti Johns Hopkins, pada 03:30 GMT Isnin, terdapat 216,356,046 kes disahkan di dunia dan angka kematian pula berjumlah 4,500,309.

Sejak mula dikesan pada Mac 2020, Amerika Syarikat (AS) paling teruk terjejas berbanding negara lain, dengan lebih 38.7 juta rakyatnya telah dijangkiti dan meragut lebih 637,500 nyawa.

Menurut pakar penyakit berjangkit terkemuka AS, Anthony Fauci, negara itu mencatat kematian akibat Covid-19 lebih tinggi berbanding angka rasmi yang dilaporkan.

Sementara itu data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mendapati purata harian kes baru di AS meningkat kepada lebih 151,000 dan lebih 48 peratus orang Amerika belum lengkap divaksin.

- Bernama