Skip to main
Logo Malaysiakini

Anak didakwa cederakan bapa sampai retak tulang rusuk

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas bapanya sehingga lelaki berusia 68 tahun itu retak tulang rusuk, minggu lepas.

Bagaimanapun, Muhammad Syafiq Syazwan Ab Rahman, 26, mengaku tidak bersalah dengan sengaja melakukan perbuatan itu ke atas Ab Rahman Mohmad Amin di kediaman mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam, Brickfields di Kuala Lumpur, pada 3 petang, 25 Ogos lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun, jika sabit kesalahan.

Majistret Mohamad Fared Abdul Latif membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan dia perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap lima haribulan dan dilarang mengganggu mangsa serta menetapkan 26 Okt untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zaidi Othman.

- Bernama