Skip to main
Logo Malaysiakini

Ismail harap sambutan merdeka tahun ini terakhir di bawah pandemik

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, dalam ucapan Hari Kebangsaannya, mengatakan bahawa dia berharap sambutan tahun ini menjadi yang terakhir disambut di bawah pandemik Covid-19.

Menyorot perjuangan kemerdekaan negara, dia meminta semua rakyat Malaysia memainkan peranan dalam memerangi Covid-19.

Dia mengatakan ini termasuk memastikan bahawa mereka mengambil vaksin Covid-19.

"Sempena hari kemerdekaan ini, kita perlu terus berjuang memerangi

pandemik Covid-19, sebagai musuh yang paling utama.

"Kejayaan ini akan membolehkan kita membuka jalan pemulihan ekonomi negara dalam norma baharu. Ekonomi wajar dipulihkan,

kesejahteraan rakyat perlu ditingkatkan, keyakinan pelabur harus

dikembalikan.

"Oleh itu, saya ingin menyeru kepada Keluarga Malaysia agar

segeralah mendapatkan vaksin sebagai salah satu ikhtiar pemulihan

negara. Vaksin telah terbukti memberi impak positif terutamanya

dalam usaha memerangi wabak ini," katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung.

Ismail Sabri kini sedang menjalani kuarantin selepas terdedah kepada pesakit Covid-19.

Dia mengatakan bahawa pandemik Covid-19 hanya dapat dikalahkan jika semua orang memberikan kerjasama.

"Saya amat berharap, hasil kerjasama daripada kita semua, tahun ini

menjadi tahun terakhir kita merayakan Sambutan Hari Kemerdekaan

dalam suasana peperangan melawan pandemik Covid-19.

"Marilah kita memerdekakan negara kita daripada pandemik ini,

daripada kegawatan ekonomi dan daripada ketidakstabilan politik," katanya.