Skip to main
Logo Malaysiakini

20,897 lagi positif, Kelantan catat rekod baru

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) memaklumkan sebanyak 20,897 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan kes terkumpul kini adalah sebanyak 1,746,254 kes.

Selangor kekal menjadi negeri yang mencatatkan jangkitan harian tertinggi iaitu sebanyak 4,371 kes diikuti Sabah (2,594), Sarawak (2,285) dan Johor (2,285).

Sementara itu, Kelantan mencatatkan rekod tertinggi di negeri itu dengan sebanyak 1,479 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini. 

Daripada jumlah keseluruhan, sebanyak 422 kes (2.0 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. 

Manakala 20,475 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. 

Sebanyak 15,371 kes (73.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. 

KKM juga memaklumkan sebanyak 282 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan angka korban kini meningkat kepada 16,664 orang.

Seramai 1,005 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 464 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 22 kluster baru dikesan dengan jumlah kluster aktif kini adalah sebanyak 1,475 kluster.

KKM berkata, berdasarkan data terkini pada 30 Ogos 2021, nilai kadar kebolehjangkitan (RT) di Malaysia kini adalah 1.02.

Negeri-negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.22), diikuti Sarawak (nilai1.19) dan Sabah (nilai RT 1.12).

Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan Negeri Sembilan.

Kes baru berdasarkan negeri:

Selangor (4,371)
Sabah (2,594)
Sarawak (2,285)
Johor (2,159)
Kedah (1,942)
Penang (1,732)
Kelantan (1,479)
Perak (1,204)
Kuala Lumpur (1,003)|
Pahang (798)
Terengganu (608)
Melaka (417)
Negeri Sembilan (215)
Perlis (64)
Putrajaya (25)
Labuan (1)