Skip to main
Logo Malaysiakini

Rempuh sekatan PKPD sebelum lari

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Anggota keselamatan yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) Kampung Talak, Chabang Empat, Tumpat, berdepan detik cemas apabila sebuah kereta bertindak merempuh khemah di lokasi sekatan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt Abdul Rashid Mat Daud, berkata dalam kejadian kira- kira jam 11.45 pagi itu seorang anggota polis bersama anggota Ikatan Relawan Malaysia (Rela) sedang bertugas di lokasi tersebut.

"Secara tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Iswara datang dan bertindak merempuh khemah SJR. Suspek kemudiannya cuba melarikan diri secara mengundurkan kenderaa dan pengadu anggota polis cuba bertindak mengejar.

"Kenderaan itu bagaimanapun berjaya meninggalkan lokasi dan gagal dikesan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambah Abdul Rashid, pihaknya bagaimanapun sempat merekod nombor pendaftaran kenderaan berkenaan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

"Dalam kejadian ini, anggota bertugas tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya barang-barang di bawah khemah saja mengalami kerosakkan.

"Kes di siasatan mengikut Seksyen 26(2) Akta Polis 1967," katanya.