65.1 peratus populasi dewasa sudah lengkapkan suntikan vaksin
Sebanyak 65.1 peratus atau 15,241,655 individu daripada populasi dewasa di negara ini melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
Menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini JKJAV memaklumkan, sebanyak 85.1 peratus atau 19,932,137 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 35,150,474 dos.
Menurut JKJAV, 61 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan negara telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 manakala 46.7 peratus telah melengkapkan vaksinasi.
Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 398,134 dos dengan 188,780 daripadanya merupakan dos pertama daripada vaksin dua dos manakala 209,354 adalah dos lengkap.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai