Kematian 'pak guard': Keadilan harus ditegakkan, kata PM
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berjanji akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebabkan kematian pengawal keselamatan Thava Sagayam pada 28 Ogos di Ipoh, Perak.
"Saya sedih dan terkejut dengan musibah yang melanda keluarga Thava Sagayam ini. Keadilan harus ditegakkan.
"Tiada sesiapa terkecuali daripada garis undang-undang. Terima kasih YB di atas keprihatinan," ciap Ismail Sabri di Twitter.
Dia mengulas hantaran Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran di media sosial yang mendesak pihak penguatkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang dituduh menyerang pengawal keselamatan itu.
Kula Segaran hari ini mendedahkan bahawa Ismail Sabri cuba menghubungi isteri Thava, E Philomena, yang tidak dapat menerima panggilan itu.
Sebaliknya, Ismail Sabri bercakap dengan anak saudara Thava.
"Dia (Ismail Sabri) meluahkan perasaan seperti yang dirasai oleh kebanyakan orang di Malaysia," kata Kula Segaran.
Ismail Sabri juga mengucapkan terima kasih kepada Kula Segaran atas keprihatinannya terhadap isu tersebut.
Pada 29 Disember 2020, Thava, 64 cedera selepas diserang oleh seorang tetamu yang tinggal di sebuah kondominium di Jalan Yang Kalsom, Ipoh.
Menurut Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid kejadian itu, yang dirakam kamera litar tertutup dan tular baru-baru ini, berlaku pada 29 Disember 2020 dan polis telah memulakan siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Mangsa disahkan meninggal dunia di rumahnya pada 28 Ogos dengan hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mengesahkan kematian mangsa adalah akibat jangkitan kuman pada paru-paru (Sepsis).
Tertuduh yang dikenali sebagai Noor Azhar didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada 6 Januari di bawah Seksyen 335 Kanun Keseksaan dan kes itu dijadualkan disebut semula pada 9 September.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai