Skip to main
Logo Malaysiakini

Istana Negeri Sabah kini dikenali Istana Seri Kinabalu

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Istana Negeri Sabah di Kota Kinabalu dinamakan sebagai Istana Seri Kinabalu, demikian menurut Warta Kerajaan Negeri Sabah.

Warta itu dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong bertarikh 5 Ogos dan disiarkan di laman web di https://www.sabah.gov.my/gazette/ pada 26 Ogos lepas.

Warta Kerajaan Sabah dengan nombor jilid LXXVI No 35 itu juga memaklumkan Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di Kota Kinabalu dinamakan sebagai Menara Kinabalu.

Kenyataan di dalam warta tersebut diterbitkan atas perintah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin untuk makluman umum.

- Bernama