Pengecualian kabotaj: 4 firma gergasi teknologi rayu kepada PM baru
Empat firma gergasi teknologi antarabangsa telah merayu kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mengembalikan semula dasar pengecualian kabotaj untuk kapal asing yang terlibat dalam pembaikan kabel bawah laut, yang menghubungkan Malaysia ke rangkaian internet global.
Dalam surat bertarikh 1 September, empat syarikat itu - Amazon, Microsoft, Google dan Facebook - dan Malaysia Internet Exchange (MyIX) memberitahu perdana menteri bahawa ia hanya memerlukan perubahan mudah terhadap dasar infrastruktur Malaysia untuk meraih keuntungan ekonomi yang besar.
"(Pengecualian kabotaj) telah (sebelum ini) memastikan bahawa kerja-kerja pembaikan kabel kapal selam dapat dilakukan dengan efisien dalam jangka waktu yang singkat, sehingga meminimumkan jangka waktu dan impak ekonomi akibat gangguan kabel.
"Kami dengan hormat mencadangkan kepada kerajaan untuk mengembalikan dasar pengecualian kabotaj dengan segera," kata firma-firma berkenaan dalam satu kenyataan bersama.
Menurut firma-firma itu, dengan mengembalikan dasar berkenaan akan memberi isyarat yang jelas mengenai komitmen kerajaan untuk merealisasikan agenda MyDigital, yang antara lain berusaha menarik lebih banyak pendaratan kabel dasar laut antarabangsa di Malaysia untuk memperluaskan hubungan global dengan tujuan untuk memiliki jumlah kabel bawah laut terbesar di Asia Tenggara menjelang 2025.
Pada tahun 2019, pentadbiran Pakatan Harapan membenarkan pengecualian kabotaj untuk kerja-kerja pembaikan kabel dasar laut - bidang yang sangat khusus yang tidak dimiliki oleh kapal-kapal Malaysia.
Pengecualian itu juga membantu mempercepatkan pembaikan kabel dasar laut yang rosak dari semasa ke semasa, yang menyebabkan gangguan internet di negara ini.
Ini bagaimanapun ditarikk oleh oleh pentadbiran Muhyiddin Yassin pada bulan November 2020, yang memberikan hak kepada Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (Masa) untuk menyekat penggunaan kapal asing sekiranya terdapat kapal tempatan yang inginkan kerja-kerja pembaikan yang ada.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai