Penggal Ismail tak panjang, MP tuntut sidang parlimen 180 hari
Anggota parlimen Bayan Baru MP Sim Tze Tzin menuntut parlimen bersidang 180 hari setahun bagi memberikan cukup masa untuk membincangkan cadangan pembaharuan yang dikemukakan oleh menteri undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Katanya, memandangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menggambil alih kerajaan di penghujung penggal, hanya tinggal sedikit masa untuknya bagi melaksanakan agenda pembaharuan parlimen.
Parliman dijangka akan terbubar pada 23 Julai dan dengan itu, kerajaan baru hanya mempunyai 22 bulan.
“Tidak mungkin undang-undang dapat diluluskan dalam tempoh masa yang singkat,” katanya.
Dia justeru menggesa menteri serta speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara menambah tempoh persidangan.
Wan Junaidi antaranya mencadangkan untuk menghidupkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen bagi memberikan lebih kuasa autonomi kepada parlimen.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai