Skip to main
Logo Malaysiakini

PM sampaikan ucap tama Sidang Kemuncak Pemulihan Negara Khamis ini

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan ucap tama pembukaan pada Sidang Kemuncak Pemulihan Negara yang diadakan secara maya pada Khamis ini.

Presiden Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik Michael Yeoh dalam satu kenyataan hari ini berkata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz juga akan menyampai ucapan khas serta mengadakan dialog peringkat menteri dengan para peserta secara dalam talian.

Sidang Kemuncak Pemulihan Negara itu dianjurkan oleh Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik dan Kelab Ekonomi Kuala Lumpur dengan sokongan Majlis Pemulihan Negara.

Bernama