Seekor lagi ikan lumba-lumba terdampar di pantai Perlis
Seekor lagi ikan lumba-lumba hidung botol terdampar di pantai Padang Keria dekat Kampung Sungai Padang, Kangar, menjadikan empat ekor kesemuanya.
Ikan lumba-lumba itu ditemui oleh seorang nelayan kira-kira jam 9 pagi semalam, yang kemudian memberitahu wakil kumpulan Marine Mammal Conservation (Marecat) yang berpangkalan di Jepun.
Marecat kemudian memberitahu anggota dan rakan sekutunya di Malaysia, yang kemudian bergegas ke tempat kejadian.
Mereka berjaya mengembalikan ikan itu ke laut dalam kira-kira 1.15 tengah hari, menurut pengumuman kumpulan alam sekitar Perlis Nature and Wildlife di media sosial.
Anggota PNW yang membantu operasi menyelamat berkata ikan itu kembali bertenaga selepas kembali ke dalam laut.
PNW berkata kejadian itu merupakan kes keempat dalam tempoh empat hari dan kelima bagi tahun ini di sepanjang pesisir pantai Kuala Perlis-Sanglang.
Data Marecat menunjukkan ikan lumba-lumba kelihatan di Kedah, Terengganu dan Pulau Sipadan, Sabah.
Ikan lumba-lumba ditemui di Padang Keria semalam dianggarkan berusia lima tahun dan terperangkap dalam di celah-celah kayu hanyut, yang menyebabkannya tidak dapat berenang kembali ke laut dalam.
Ia dipercayai menghampiri pantai untuk memburu ikan.
PNW menggesa orang ramai yang menjumpai mamalia laut dalam keadaan berbahaya untuk menghubungi Jabatan Perikanan di talian 03-888 5019, MareCat 011 1577 6802 atau menghubungi mereka melalui Facebook.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai