Skip to main
Logo Malaysiakini

GSC tunggu SOP tepat sebelum kembali beroperasi

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Pengendali pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) belum memulakan operasi kerana sedang menunggu garis panduan dari kerajaan.

Dalam pengumuman ringkas di Twitter, syarikat itu mengatakan ia juga berusaha untuk memastikan bahawa terdapat cukup kandungan untuk ditayangkan di pawagam mereka.

"Kami tidak akan buka esok. Kami mahu memastikan kami bersedia dengan SOP yang tepat dari kerajaan, dan juga mempunyai cukup kandungan untuk ditayangkan.

"Kami menghargai kesabaran anda dan terus menantikan kemas kini," kata GSC di akaun Twitter rasminya.

Ia menambah bahawa studio filem juga "bergegas" untuk menyiapkan kandungan untuk ditayangkan, dan ada filem yang telah dihantar untuk penapisan.

"Kita akan menyangkan filem seperti Shangchi (di pawagam kami), tetapi tolong beri kami sedikit masa. Terima kasih atas pemahaman anda," kata syarikat itu, merujuk kepada filem adiwira terbaru dari Marvel Studio, Shang-Chi and Legend of the Ten Rings.

Kerajaan semalam mengumumkan kelonggaran peraturan untuk industri seni kreatif, yang akan bermula esok terutama bagi mereka yang telah menyelesaikan imunisasi Covid-19 mereka.

Antara aktiviti yang dibenarkan termasuk menonton wayang di pawagam, pertunjukan teater, rakaman studio, dan persembahan langsung (termasuk yang terbuka untuk khalayak umum), serta busking dalam ruangan dan persembahan di ruang rehat hotel.

Sementara itu, satu lagi rangkaian pawagam utama Tanjung Golden Village Cinemas (TGV) belum menyatakan apakah ia akan mula beroperasi esok atau tidak.

TGV bagaimanapun dipercayai akan kembali beroperasi berdasarkan hantaran di Twitter yang menunjukkan penonton mahukan filem yang ditayangkan sejak pengumuman kerajaan, semalam.

"Ada banyak, kita ada Black Widow, Malignant, The Suicide Squad, Not Time To Die, dan Jungle Cruise.

"Nantikan kemas kini lebih banyak ok!"