KKM kini dedah lebih banyak data melalui CovidNow
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini mendedahkan lebih banyak data terperinci berkaitan Covid-19 kepada orang ramai melalui laman sesawang baru dikenali sebagai CovidNow.
Ia adalah kemudahan tambahan kepada akaun media sosial sedia ada serta penyimpanan data GitHub
Tidak seperti Github yang menerbitkan data mentah, CovidNow menyediakan perangkaan dalam bentuk yang lebih mudah diakses untuk pemahanan orang awam.
Antara data yang diterbitkan pada laman sesawang dwibahasa itu ialah kadar penggunaan semasa kemudahan kesihatan seperti alat bantuan pernafasan, katil hospital, unit rawatan rapi (ICU) dan pusat kuarantin.
Ia juga menawarkan maklumat lebih mendalam mengenai kes Covid-19 dengan membahagikannya dengan data di mana pesakit dirawat dan sama ada mereka sembuh atau meninggal dunia.
KKM berharap laman sesawang baru itu akan dikemas kini selewat-lewatnya pada jam 11.59 malam setiap hari.
Mengumumkan inisiatif baru itu petang tadi, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia selaras dengan ikrarnya sebelum ini untuk memberikan lebih banyak data berkenaan Covid-19 kepada orang ramai.
Dia juga berharap kemudahan itu akan mendorong pemahaman dan kepatuhan masyarakat kepada keperluan semasa bagi menghadapi ancaman pandemik Covid-19.
"Selain itu, KKM berharap ia akan mendorong perubahan tingkah laku dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih baik ketika kita memasuki fasa baru hidup dengan Covid-19," katanya pada sidang media hari ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai