Skip to main
Logo Malaysiakini

19,550 jangkitan baru: Kes di S'wak atas 3,000 tujuh hari berturut-turut

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sebanyak 19,550 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,960,500 kes kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu, kes harian di Sarawak kekal atas 3,000 untuk tujuh hari berturut-turut, dengan 3,743 kes hari ini menjadi pusat terbaru pandemik.

Johor pula merekodkan 2,282 kes dan Sabah 2,163 kes.

Lembah Klang mencatatkan penurunan di Selangor dengan 2,416 kes dan Kuala Lumpur 555 kes.

Daripada keseluruhan kes harian yang dilaporkan hari ini, 265 kes (1.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 19,285 kes (98.6 peratus) adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. 

Sebanyak 1,247 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 667 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan sebanyak 28 kluster baru dikesan, menjadikan kluster aktif kini adalah sebanyak 1,446 kluster.

Sementara itu, sebanyak 21,771 pesakit sembuh hari ini sekali gus melebihi kes baru.

Kes mengikut negeri:

  • Selangor - 2,416 (639,286)
  • WPKL - 555 (179,692)
  • Sabah - 2,163 (172,146)
  • Johor - 2,282 (162,111)
  • Sarawak - 3,743 (151,507)
  • Kedah - 1,390 (116,671)
  • Pulau Pinang - 1,865 (106,953)
  • Negeri Sembilan - 198 (94,184)
  • Kelantan - 1,320 (92,299)
  • Perak - 1,354 (81,537)
  • Melaka - 490 (52,903)
  • Pahang - 722 (51,043)
  • Terengganu - 953 (41,871)
  • WP Labuan - 2 (9,873)
  • WP Putrajaya - 24 (5,700)
  • Perlis - 73 (2,724)