Skip to main
Logo Malaysiakini

Mati di lokap: Mahkamah arah polis, k’jaan bayar ganti rugi RM281,300

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Keluarga T Benedict hari ini memperoleh perintah mahkamah agar polis dan kerajaan membayar ganti rugi RM281,300 kepada mereka berhubung kematiannya dalam tahanan empat tahun lalu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk memihak kepada isteri dan anak perempuan si mati, N Janagi dan B Angeline, dalam tuntutan mahkamah atas kematiannya di lokap pusat polis Jinjang pada 10 Julai 2017.

Keluarga itu memfailkan saman sivil berkenaan bulan Julai tahun lalu, dengan mendakwa bahawa kematian Benedict, 44, yang mempunyai beberapa masalah kesihatan, disebabkan oleh kecuaian polis kerana gagal memastikan si mati mendapat akses kepada ubat-ubatan dan rawatan perubatan lain semasa berada dalam tahanan.

Sebanyak 25 defendan dinamakan dalam saman berkenaan dengan 23 daripada mereka adalah anggota pasukan polis, Ketua Polis Negara (IGP), dan kerajaan Malaysia.

Pada 11 September tahun lalu, Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan bahawa kematian Benedict boleh dielakkan jika dia diberi bantuan perubatan.

Koroner Mahyon Talib kemudian mengarahkan Peguam Negara dan IGP untuk mengambil tindakan lanjut, di bawah Kanun Prosedur Jenayah dan Perlembagaan Persekutuan, terhadap anggota polis yang terlibat akibat kecuaian mereka.

Menurut peguam keluarga M Visvanathan, pesuruhjaya kehakiman Quay Chew Soon hari ini memutuskan bahawa kedua-dua plaintif berjaya membuktikan saman terhadap defendan berdasarkan kemungkinan.

Menurut peguam, jumlah ganti rugi yang diberikan oleh mahkamah adalah seperti:

  • RM5,500 untuk kos pengeluaran surat kuasa mentadbir harta pusaka.
  • RM4,000 untuk perbelanjaan pengkebumian.
  • RM30,000 untuk ganti rugi kesedihan dan untuk berkabung.
  • RM91,800 untuk ganti rugi kehilangana saraan.
  • RM50,000 untuk ganti rugi kesakitan dan penderitaan.
  • RM100,000 untuk ganti rugi kerosakan teruk.

"Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar RM40,000 sebagai kos kepada plaintif.

"Namun, mahkamah tidak menganugerahkan sebarang ganti rugi akibat pelanggaran tugas anggota polis dalam kes itu,” kata peguam itu ketika dihubungi pagi ini.

[Baca berita penuh]