Kerjasama pembangkang, k'jaan Venezuela langkah ke depan
GLOBAL | Dua "partial agreements" yang baru ditandatangani di Mexico antara kerajaan Venezuela dan sekumpulan pakatan pembangkang dilihat sebagai satu langkah ke hadapan dan penting bagi kestabilan politik serta pemulihan ekonomi negara Amerika Latin itu.
Perjanjian tersebut antara lain menyaksikan kedua-dua pihak bersetuju bekerjasama dalam masalah akses dan pengembalian aset Venezuela yang dimiliki di luar negara dan menggunakannya untuk kesejahteraan penduduk, terutama bagi menangani pandemik Covid-19 di negara dengan populasi sekitar 29 juta orang itu.
Ini berkait rapat dengan pelaksanaan langkah perlindungan sosial bagi rakyat Venezuela terhadap sekatan ekonomi dan kesan tindakan paksaan unilateral (satu pihak).
Kuasa Usaha Kedutaan Venezuela ke Malaysia Morella Barreto Lopez berkata kedua-dua pihak juga bersetuju untuk bekerjasama mempertahankan "hak-hak sah Venezuela ke atas Essequibo" berhubung pertikaian sempadan dengan Guyana.
"Ini kali pertama "sektor pembangkang yang paling radikal " bersatu dengan kerajaan untuk memperjuangkan kedaulatan Venezuela dan usaha pemulihan ekonomi melalui pengembalian aset Venezuela yang dimiliki di luar negara," katanya dalam satu temu bual dengan Bernama.
Kerajaaan Venezuela dan pembangkang menyambung dialog mereka pada 3 September selepas rundingan pusingan pertama di Mexico pada Ogos, yang berakhir dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman antara kedua-dua pihak.
Rundingan itu dianjurkan kerajaan Mexico dengan Norway sebagai perantara.
Venezuela mengalami krisis ekonomi yang sangat teruk, menyukarkan sebahagian besar penduduknya, selepas dikenakan pelbagai sekatan termasuk ke atas sektor minyak oleh Amerika Syarikat.
Maduro menyalahkan sekatan itu sebagai penyebab krisis ekonomi kerana Venezuela amat bergantung kepada hasil eksport minyak.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai