Amirudin puji Putrajaya ikut jejak langkah Selangor
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memuji keputusan Putrajaya bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), yang antara lain akan membawa kepada reformasi parlimen.
Dalam perutusan Hari Malaysianya hari ini, Amirudin berkata persefahaman tersebut tidak seharusnya dilihat sebagai gencatan politik sebaliknya usaha meningkatkan keberkesanan parlimen.
Amirudin berkata Selangor telah mengamalkan persefahaman tersebut sejak 2008 di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat sebagai pengiktirafan kepada pembangkang dan memperuntukkan jawatan dalam Jawatankuasa Kira-Kira kepada pembangkang.
"Selangor juga menyediakan dana khas untuk Adun pembangkang dan menjemput ketua pembangkang ke mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Khas Selangor," kata Amirudin.
Perkembangan di Putrajaya, katanya, adalah petanda bahawa Parlimen tidak boleh dianggap sebagai tempat yang hanya menguntungkan satu pihak.
"Sekarang Parlimen dapat berfungsi lebih baik dengan mengakhiri dominasi satu puak dan menggantinya dengan kerjasama dan kesepakatan antara gabungan atau pihak lain," katanya.
Pada 13 Sept lalu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik dengan PH.
Berdasarkan persefahaman itu, Ismail Sabri berjanji akan melembagakan beberapa pembaharuan yang telah lama diperjuangkan oleh PH.
Sebagai balasan, PH berjanji - dengan bersyarat - tidak akan menggulingkan Ismail Sabri dan menyokong Bajet 2022.
Antara lain, Ismail Sabri berjanji akan menubuhkan lebih banyak jawatankuasa pilihan parlimen dan menyusun semula jawatankuasa sedia ada.
Ini adalah badan yang dikendalikan oleh ahli parlimen dan mereka boleh memanggil badan eksekutif atau agensi kerajaan untuk mendapatkan penjelasan.
Mereka biasanya memainkan semak dan imbang di seperti kebanyakan sistem Westminster.
Ismail Sabri juga berjanji bahawa keanggotaan jawatankuasa terpilih terbabit akan dibahagikan secara sama rata antara ahli parlimen kerajaan dan PH.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai