Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19 (17 Sept): 346 kes kematian dilaporkan, angka ekoran tunggakan data

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Data Kementerian Kesihatan (KKM) di laman Github melaporkan sejumlah 346kes kematian akibat Covid-19 semalam (16 Sept), menjadikan angka korban setakat ini seramai 22,355.

Daripada jumlah itu, 105 mangsa (30.35 peratus) meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital.

Sejumlah 179 daripada 346 kematian yang dilaporkan berlaku dalam masa tujuh hari yang lalu, dan hanya seorang pesakit meninggal dunia semalam.

165 lagi kes kematian berlaku lebih seminggu lalu dan baru dilaporkan ekoran tunggakan data.

Purata kematian harian yang dilaporkan bagi 30 hari terakhir adalah 309 kes. Purata tujuh hari adalah 410 kes.

Selangor mencatatkan angka kematian baru tertinggi dengan 94 kes, merangkumi 27.17 peratus daripada kes kematian baru.

Ia disusuli dengan Kedah (82), Johor (59), Sabah (47), Pulau Pinang (30), Sarawak (14), Melaka (4), Terengganu (4), Kelantan (3), Perak (3), Perlis (3) dan Kuala Lumpur (3).

Tiada kes kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Pahang, Labuan dan Putrajaya.

Setakat semalam, terdapat 227,120 kes aktif Covid-19 - berkurang sebanyak 6.46 peratus berbanding 242,805 kes seminggu sebelumnya.

Sebelum ini, KKM melaporkan statistik kematian bersekali dengan kes baru pada setiap petang.

Kes kematian kini dilaporkan pada tengah malam. Malaysiakini akan melaporkannya pada pagi sehari kemudian.