Skip to main
Logo Malaysiakini

Jangkitan mula menurun -17,577 kes baru

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 17,577 kes kes baru Covid-19 setakat tengah hari tadi, berbanding 18,815 kes tengah hari semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,067,327 kes.

Jangkitan di Lembah Klang terus menurun dengan Selangor mencatatkan 2,646 kes dan Kuala Lumpur pula 366 kes.

Sarawak terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,480 kes, diikuti dengan Selangor dan Johor 2,334 kes.

Walau bagaimanapun, jumlah kematian di Sarawak masih adalah antara yang terendah di negara ini selama 14 hari kebelakangan kerana negeri itu mempunyai kadar vaksinasi melebihi purata.

Jumlah kes harian baru di Perak (1,596) adalah rekod tertinggi sementara kadar yang dimasukkan ke hospital selama dua minggu terakhir tetap stabil.

Berikut jumlah kes di setiap negeri dan wilayah.

  • Sarawak (3,480)
  • Selangor (2,646)
  • Johor (2,334)
  • Perak (1,596)
  • Sabah (1,533)
  • Pulau Pinang (1,462)
  • Kedah (1,173)
  • Kelantan (869)
  • Pahang (832)
  • Terengganu (719)
  • Kuala Lumpur (366)
  • Melaka (287)
  • Negeri Sembilan (198)
  • Perlis (41)
  • Putrajaya (31)
  • Labuan (10)


Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital Covid-19 di seluruh negara setakat semalam adalah 76 peratus daripada 1,611 katil.

Manakala katil bukan ICU pula adalah sebanyak 70 peratus daripada 17,043 katil.