Patriot mahu k'jaan tangani dakwaan diskriminasi di sekolah
Kumpulan veteran tentera menggesa kerajaan menangani isu diskriminasi berdasarkan identiti di sekolah selepas peserta tinjauan berkata mereka mengalaminya.
Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) pada satu kenyataan hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap hasil tinjauan itu, berkata hal berkenaan menunjukkan bahawa sistem pendidikan telah gagal.
Antara penemuannya, 59 peratus responden anak muda (berumur 18-30 tahun) berkata mereka telah mengalami beberapa bentuk diskriminasi berdasarkan identiti ketika bersekolah.
Ini termasuk diskriminasi kerana jantina, ketidakupayaan belajar, kaum dan pilih kasih.
Responden yang terdiri daripada pelbagai etnik - India (60 peratus), bumiputera bukan Melayu (54 peratus), Melayu (51 peratus) dan Cina (46 peratus) - juga dilaporkan didiskriminasi di sekolah.
Oleh itu, Presiden Patriot Mohd Arshad Raji meminta Kementerian Pendidikan untuk bertindak segera, menubuhkan pasukan misi mencari fakta dan perbahasan di parlimen.
“Patriot menuntut tindakan segera dilaksanakan.
"Pencarian fakta harus dilaksanakan dan pendedahan dalam laporan (tinjauan) harus ditangani.
"Oleh itu, Patriot dengan tegas menuntut parlimen membahaskan perkara ini. Orang ramai memerlukan jawapan,” katanya.
Arshad juga menyarankan agar "tindakan disiplin" diambil terhadap mereka yang didapati bertanggungjawab terhadap diskriminasi sedemikian.
“Negara perlu mengatur semula (reset) dasar pendidikannya (sehingga) secara khusus akan menangani setiap cubaan pihak berwajib sekolah dan pegawai kementerian pendidikan untuk mengamalkan diskriminasi atau memaksakan segala bentuk prasangka terhadap pelajar bukan bumiputra.
"Diskriminasi negatif seperti itu hanya akan menghasilkan elemen yang tidak diingini apabila pelajar meninggalkan sekolah," katanya.
Tinjauan "Diskriminasi dalam Pendidikan" dilakukan antara 1 September hingga 10 September dan melibatkan 2,441 lulusan sekolah.
Ia ditugaskan oleh Sekolah Semua, suatu inisiatif oleh NGO Architects of Diversity yang bertujuan menangani diskriminasi berdasarkan identiti di sekolah.
Tinjauan itu dilakukan oleh firma tinjauan Vase.ai.
Laporan lengkap tinjauan itu boleh didapati di sini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai