Makan di premis Zon Selatan Sarawak dibenar mulai Isnin
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan makan di premis dibenarkan di semua premis perniagaan makanan di Zon Selatan, bermula Isnin ini.
JPBN Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan kebenaran itu tertakluk kepada beberapa syarat termasuk operator, pekerja dan pelanggan telah mendapat dua dos vaksinasi lengkap Covid-19.
“Selain itu, pemilik premis perniagaan diwajibkan untuk memastikan ventilasi dan pengudaraan adalah mengikut piawaian dikeluarkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH),” menurut kenyataan itu.
Zon Selatan meliputi Daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan Tebedu.
Jawatankuasa itu juga memaklumkan tempoh operasi perniagaan lain juga dibenarkan beroperasi dari 5 pagi sehingga 10 malam sama seperti waktu operasi premis makanan.
Sementara itu, Sarawak mencatatkan 3,480 kes baru Covid-19 hari ini selain tiga kematian baru direkodkan dengan masing-masing di Kuching, Sarikei dan Mukah yang menjadikan angka kematian di Sarawak meningkat kepada 659 orang.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai