Skip to main
Logo Malaysiakini

14,954 kes baru - Trend jangkitan menurun

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 14,954 kes baru hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,097,830 kes.

Sarawak kekal sebagai negeri yang melaporkan jangkitan baru tertinggi dengan 2,707 kes.

Selangor pula terus menunjukkan trend penurunan dengan 2,028 kes, selepas mencatatkan angka tertinggi (8,792 kes) pada 6 Ogos lalu.

Kes baru di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan - yang sebelum ini sering lebih 1,000 - kekal menurun di bawah paras kurang 500.

Bagaimanapun kes baru di Johor, Kelantan, Sabah, Pulau Pinang dan Perak kekal meningkat.

Kes mengikut negeri:

  • Sarawak (2,707)
  • Selangor (2,028)
  • Johor (1,948)
  • Kelantan (1,420)
  • Sabah (1,356)
  • Pulau Pinang (1,259)
  • Perak (1,222)
  • Kedah (809)
  • Pahang (705)
  • Terengganu (671)
  • Kuala Lumpur (383)
  • Melaka (207)
  • Negeri Sembilan (144)
  • Perlis (76)
  • Putrajaya (19)
  • Labuan (0)

Status terkini Kapasiti & Penggunaan Katil Covid-19, Pemberian Vaksin & Kes Baharu Sehingga 19 September 2021:

  • Bilangan pesakit dalam ICU: 1,194 (882 pesakit sah positif, 312 disyaki)
  • Bilangan pesakit guna bantuan pernafasan: 665 (401 pesakit sah positif, 264 disyaki)

1) Kapasiti & Penggunaan Katil Covid-19 (Sehingga 18 September 2021, 5pm)

• Penggunaan katil Bukan ICU - 67 peratus

• Penggunaan katil ICU - 72 peratus

2) Peratus Kumulatif Pemberian Dos Vaksin Covid-19 (Sehingga 18 September 2021, 11:59pm)

• peratus Populasi Keseluruhan - 1 dos 67.2 peratus

• peratus Populasi Keseluruhan - lengkap 56.0 peratus

• peratus Populasi Dewasa - 1 dos 93.1 peratus

• peratus Populasi Dewasa - lengkap 78.2 peratus