Skip to main
Logo Malaysiakini

KJ: Kerajaan akan umum senarai PPV untuk remaja esok

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kerajaan akan mengumumkan senarai pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih buat remaja berusia 12 hingga 17 tahun esok, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Pada satu sidang media hari ini, dia berkata kerajaan menyasarkan 60 peratus remaja kategori umur itu divaksin dengan sekurang-kurangnya dos pertama pada November, dan 80 peratus menjelang Januari tahun hadapan, atau sebelum pembukaan tahun baru persekolahan.

“Kita akan gunakan beberapa kaedah pelaksanaan, pertamanya melalui jangkauan luar di sekolah ... kita jadikan sekolah sebagai PPV sementara.

“Kedua, kita akan umumkan beberapa PPV sedia ada yang sedang beroperasi, untuk remaja dibenarkan untuk walk in (jumpa terus) ke PPV sedia ada … Kita akan umumkan senarai esok.

“Kedua, kita akan umumkan beberapa PPV sedia ada yang sedang beroperasi, untuk remaja dibenarkan walk in (jumpa terus) … Kita akan umumkan senarai esok,” katanya.

Dia membuat pengumuman itu selepas melawat SMK Putrajaya Presint 8(1) yang dijadikan PPV sementara untuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

[Berita penuh menyusul]