Skip to main
Logo Malaysiakini

301 kematian Covid-19 dilapor, jumlah korban 23,744

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Repositori data Kementerian Kesihatan di Github melaporkan sejumlah 301 kematian Covid-19 semalam (20 Sept), menjadikan jumlah korban terkumpul seramai 23,744 orang.

Rekod tertinggi adalah 592 pada 11 Sep.

Daripada kematian baru yang dilaporkan semalam, 30.56 peratus atau 92 meninggal dunia sebelum mereka sempat menerima rawatan di hospital.

Selangor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi dengan 130 korban, menjadikan 43.19 peratus kematian baru yang dilaporkan.

Baki kematian adalah di Johor (52), Kelantan (23), Pulau Pinang (22), Sabah (19), Perak (15), Kuala Lumpur (13), Sarawak (8), Kedah (6), Pahang (4) , Terengganu (4), Melaka (3), Negeri Sembilan (1) dan Perlis (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 141 daripada 301 kematian yang dilaporkan berlaku dalam tujuh hari terakhir di mana hanya lapan yang berlaku semalam.

Baki kematian yang dilaporkan lebih lama dari tempoh seminggu kerana tunggakan.

Purata 327 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari terakhir. Purata kematian untuk tempoh tujuh hari adalah 374 korban.

Setakat semalam, terdapat 207,698 kes Covid-19 yang aktif. Ini penurunan sebanyak 8.95 peratus berbanding 228,124 jangkitan aktif seminggu yang lalu.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengeluarkan statistik kematian bersama dengan kes baru Covid-19 baru pada waktu petang. Kaedah pengumuman ini telah berubah.

Statistik kematian kini dikeluarkan pada hari berikutnya pada jam 2 pagi. Malaysiakini melaporkannya pada waktu pagi.