Skip to main
Logo Malaysiakini

Genting Highlands antara destinasi pelancongan bakal dibuka

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Genting Highlands adalah satu daripada tiga destinasi pelancongan baru yang dibuka kepada orang ramai dalam pelaksanaan gelembung pelancongan negara bulan depan.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri, selain pusat peranginan tanah tinggi itu, dua lagi lokasi yang akan dibuka ialah Melaka dan Pulau Tioman.

Menyatakan perkara itu dalam sidang media di parlimen hari ini, Nancy menambah, pembukaan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 yang bersidang sebelum itu.

Bagaimanapun kata Nancy keputusan berkenaan tertakluk kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaacob.

Katanya cadangan berkenaan akan ditelitik jawatankuasa terbabit dalam mesyuarat mereka esok.

[Laporan lanjut menyusul]