Skip to main
Logo Malaysiakini

14,990 kes, rekod baru di Kelantan

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sebanyak 14,990 kes baru dilaporkan di seluruh Malaysia hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,142,924 kes.

Kes di Kelantan mencatat angka tertinggi dengan 1,573 kes.

Kelantan berada di tempat kedua paling bawah dalam kadar vaksinasi. Penggunaan katil hospital di negeri itu juga semakin meningkat.

Setakat 17 September, Kelantan mencatkan kadar positif yang amat tinggi, iaitu 28.9 peratus bagi purata seminggu.

Setakat semalam, kadar kebolehjangkitan Covid-19 di negeri itu berada pada tahap 0.99.

Hanya empat negeri mencatat angka lebih daripada 1.00 iaitu Pahang, Perak, Terengganu dan Perak.

Jumlah kes aktif dan kematian hanya akan dilaporkan selepas tengah malam.

Selangor (2,414)
Johor (1,880)
Sarawak (1,712)
Kelantan (1,573)
Perak (1,490)
Penang (1,224)
Sabah (1,199)
Kedah (1,007)
Terengganu (852)
Pahang (688)
Kuala Lumpur (338)
Melaka (313)
Negeri Sembilan (170)
Perlis (97)
Putrajaya (30)
Labuan (3)