Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: Seramai 116 korban direkodkan

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

COVID-19 | Repositori data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Github melaporkan sebanyak 116 kematian Covid-19 berlaku semalam (23 September), menjadikan jumlah keseluruhan korban setakat ini seramai 24,681 orang.

Angka ini merupakan angka kematian terendah sejak 25 Julai. Bilangan jangkitan baru Covid-19 juga mencatatkan penurunan - sebanyak 13,754 kes semalam - dan paling rendah sejak 22 Julai.

Daripada jumlah kematian yang baru dilaporkan semalam, 25 peratus atau 29 orang meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan di hospital, atau dilaporkan sebagai “mati semasa ketibaan (BID)” oleh KKM.

Selangor mencatatkan bilangan kematian baru tertinggi iaitu 33 kes (28.5 peratus) daripada kematian yang baru dilaporkan.

Kematian lain ialah di Pulau Pinang (20), Kuala Lumpur (17), Sarawak (14), Kelantan (10), Sabah (8), Malacca (7), Perak (6) dan Kedah (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sejumlah 66 daripada 116 kematian yang dilaporkan berlaku dalam tempoh tujuh hari lalu, dan daripada jumlah itu, hanya satu kematian berlaku semalam.

Kematian lain pula berlaku lebih seminggu lalu namun hanya direkodkan semalam kerana pelaporan data yang tertangguh.

Setakat ini, 8,026 kematian Covid-19 dilaporkan bulan ini.

Secara keseluruhan, 7,642 kematian Covid-19 dilaporkan pada Ogos, 3,858 pada Julai, 2,380 pada Jun dan 1,302 pada Mei.

Setakat semalam, terdapat 198,284 kes aktif Covid-19. Angka itu menunjukkan pengurangan 12.7 peratus daripada 227,120 kes jangkitan aktif seminggu lalu.

Jika dibandingkan dengan 30 hari lepas, bilangan kes aktif telah berkurangan sebanyak 24.5 peratus, daripada 262,716 kes.

Sebelum ini, KKM mengeluarkan statistik kematian bersama dengan kes baru Covid-19 baru pada waktu petang. Kaedah pengumuman ini telah berubah.

Statistik kematian kini dikeluarkan pada hari berikutnya pada jam 2 pagi. Malaysiakini melaporkannya pada waktu pagi.

[Baca berita asal]