Skip to main
Logo Malaysiakini

Kewarganegaraan: Kumpulan ibu rayu Majlis Raja-Raja, keliru tindakan KDN

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kumpulan para ibu Family Frontiers yang berjaya mencabar status kewarganegaraan mendiskriminasikan wanita berkata kenyataan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin untuk mewajarkan tindakan kerajaan merayu keputusan mahkamah adalah “mengelirukan."

Hamzah sebelum ini berkata keputusan untuk merayu berkata keputusan merayu itu untuk menghindari penghinaan terhadap mahkamah dan terdapat dua kes serupa dengan penghakiman berbeza.

Bagaimanapun, ibu-ibu bawah Family Frontiers berkata Kementerian Dalam Negeri tidak pernah membangkitkan kes Mahisha Suhaila Abdul Majeed semasa berhujah di mahkamah.

Kumpulan ibu itu juga berkata hakim dalam kes Mashisha tidak menangani isu dua peruntukan perlembagaan yang bercanggah, tetapi hakim dalam kes Family Frontiers membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

"Perlu diambil maklum bahawa kes antara Mahisha Suhaila Abdul Majeed dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta dua yang lain - bahawa Menteri Dalam Negeri mendakwa bercanggah dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai kes Family Frontiers. Kes tersebut tidak melibatkan dua peruntukan perlembagaan tersebut.

"Ini juga kemungkinan menjadi alasan mengapa Jabatan Peguam Negara tidak merujuk kes ini semasa mereka berhujah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Akhtar Tahir.

“Bagaimanapun, sekiranya perkara itu memberi kelebihan kepada mereka, maka mereka pasti akan membangkitkan kes ini," kata Family Frontiers.

Gambar fail, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.

Pada 9 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bayi yang lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia dan pasangan rakyat asing, berhak mendapat kerakyatan negara ini secara automatik.

Hakim Mahkamah Tinggi Akhtar Tahir memutuskan perkataan ‘bapa’ dalam Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan perlu bermaksud dan termasuk ibu.

Bagaimanapun pada 13 Sept lepas, kerajaan memutuskan untuk mengemukakan rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Pada 22 Sept, Hamzah berkata rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung isu kerakyatan anak kepada ibu warga Malaysia dan bapa warga asing bertujuan untuk menangguhkan pelaksanaannya sementara perlembagaan dipinda.

Jelasnya, pindaan perlembagaan akan memudahkan ibu-ibu Malaysia yang berkahwin dengan warga asing untuk melahirkan anak di luar negara.

Dia mengatakan mereka memutuskan untuk meminda perlembagaan kerana terdapat dua keputusan yang berbeza mengenai isu itu, kerana sebenarnya ada kes lain - Mahisha Suhaila Abdul Majeed v pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan dua yang lain - mencabar peruntukan yang serupa di mana keputusan kes itu memihak kepada kerajaan.

Kumpulan ibu itu turut menekankan bahawa Hakim Mariani Yahaya, yang membuat keputusan dalam kes Mahisha juga terlibat dalam kes Family Frontier ketika kerajaan berusaha membatalkan tuntutan di Mahkamah Rayuan.

Mereka berkata Mariani adalah sebahagian dari panel Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa terdapat hak untuk pendengaran penuh mengenai kes Family Frontier, yang akhirnya keputusan memihak kepada mereka.

Mereka mempersoalkan adakah Hamzah telah mendapatkan komitmen dari dua pertiga ahli parlimen untuk mengusulkan pindaan perlembagaan itu dan menyatakan keprihatinan atas kesuntukan waktu.

"Dia belum memberikan sebarang kepastian atau jangka waktu untuk pemindaan (perlembagaan) tersebut, di samping tiada sebarang penyelesaian yang ditawarkan kepada wanita-wanita ini, dimana KDN telah menolah alasan yang dibeirkan oleh mereka.

"Kami sekarang meminta persetujuan secara terus dari Majlis Raja-Raja untuk membaiki ketidakadilan yang disebabkan oleh diskriminasi terhadap ibu-ibu di Malaysia, yang telah menderita selama bertahun-tahun,” kata mereka.

Tambahnya, mereka hanya berpeluang meraikan keadilan untuk anak-anak mereka untuk sementara waktu sahaja susulan keputusan di Mahkamah Tinggi pada 9 September.