Skip to main
Logo Malaysiakini

13,899 kes baru, jangkitan menyusut

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian kesihatan melaporkan 13,899 kes baru Covid-19 setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan 2,185,131 kes.

Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,712 kes, manakala kes paling rendah di Wilayah Persekutuan Labuan dengan 5 jangkitan.

Penggunaan katil ICU di seluruh negara pada kadar 70 peratus.

Cuma Pulau Pinang (96 peratus) dan Sarawak (92 peratus) yang merekodkan kadar penggunaan katil ICU lebih 90 peratus.

Kadar penggunaan katil ICU di negeri-negeri lain di bawah 85 peratus.

Daripada jumlah keseluruhan kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 211 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 13,688 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

KKM juga memaklumkan 12 lagi kluster dikesan, menjadikan jumlah kluster aktif adalah 1,214 kluster.

Sebanyak 18,074 pesakit sembuh sepenuhnya, mengatasi jumlah kes baru.

Kes baru mengikut negeri:

  • Sarawak (2,712)
  • Selangor (2,341)
  • Johor (1,377)
  • Kelantan (1,170)
  • Perak (1,128)
  • Pulau Pinang (1,060)
  • Sabah (962)
  • Pahang (779)
  • Terengganu (760)
  • Kedah (708)
  • Melaka (339)
  • Kuala Lumpur (310)
  • Negeri Sembilan (194)
  • Putrajaya (37)
  • Perlis (17)
  • Labuan (5)

Status terkini Kapasiti & Penggunaan KatilCovid-19, Pemberian Vaksin & Kes Baharu Sehingga 25 September 2021:

1) Kapasiti & Penggunaan KatilCovid-19 (Sehingga 24 September 2021, 5pm)

• Penggunaan katil Bukan ICU 60 peratus

• Penggunaan katil ICU 70 peratus

2) Peratus Kumulatif Pemberian Dos Vaksin Covid-19 (Sehingga 24 September 2021, 11:59pm)

• peratus Populasi Keseluruhan - 1 dos 69.2 peratus

• peratus Populasi Keseluruhan - lengkap 59.2 peratus

• peratus Populasi Dewasa - 1 dos 93.6 peratus

• peratus Populasi Dewasa - lengkap 82.5 peratus

3) Bilangan Kes Covid-19 (Sehingga 25 September 2021, 12:00 Tengah Hari)

• Bilangan kes baru 13,899 kes

• Bilangan kes kumulatif 2,185,131 kes