Skip to main
Logo Malaysiakini

13,104 kes baru, rekod paling rendah dalam 66 hari

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan melaporkan 13,104 kes baru Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 2,198,235 kes.

Lembah Klang menyaksikan trend menyusut dengan 270 kes di Kuala Lumpur dan Selangor 1,558 kes.

Jangkitan hari ini yang paling rendah dalam tempoh 66 hari.

Malaysia Barat merangkumi 9.079 kes baru atau 69.3 peratus manakala Borneo menyumbang 4.025 atau 30.7 peratus.

Di Semenanjung Malaysia, Lembah Klang menyumbang 1,852 kes (20.4 peratus) jangkitan baru sementara 7,227 selebihnya (79.6 peratus) dari negeri lain.

Sarawak menjadi penyumbang kes baru tertinggi dengan 2,943 jangkitan.

Kes aktif dan kematian yang dilaporkan hanya akan diumumkan selepas tengah malam.

Jangkitan baru hari ini merangkumi 11,895 rakyat Malaysia (90.8 peratus) dan 1,209 bukan warganegara (9.2 peratus).

Jumlah kes baru hari ini diatasi jumlah pesakit pulih iaitu 20,971. Ini diharapkan dapat membantu mengurangkan jumlah kes aktif.

Pesakit di ICU: 1,058 (850 disahkan; 208 disyaki)

Memerlukan bantuan pernafasan: 580 (365 disahkan; 215 disyaki)

Setakat hari ini, jumlah pesakit Covid-19 (termasuk yang disyaki) di unit rawatan rapi (ICU) adalah 11.2 peratus lebih rendah berbanding seminggu yang lalu.

Pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga menurun sebanyak 12.4 peratus berbanding seminggu yang lalu.

Status ringkas mengikut negeri:

  • Sarawak (2,943)
  • Selangor (1,558)
  • Johor (1,455)
  • Kelantan (1,206)
  • Sabah (1,078)
  • Perak (994)
  • Penang (955)
  • Kedah (721)
  • Terengganu (685)
  • Pahang (604)
  • Malacca (362)
  • Kuala Lumpur (270)
  • Negeri Sembilan (165)
  • Perlis (80)
  • Putrajaya (24)
  • Labuan (4)

 Kluster

Ketika ini, sebanyak 1,185 kluster Covid-19 masih aktif, termasuk 12 kluster baru yang dilaporkan hari ini.

Kluster aktif telah menurun sebanyak 12.1 peratus daripada 1,348 seminggu yang lalu.

Sebanyak 12 kluster baru dilaporkan hari ini merangkumi enam tempat kerja (50.0 peratus) dan enam komuniti (50.0 peratus).