Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas
Polis membuka siasatan terhadap sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard milik seorang timbalan menteri susulan rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam yang mendakwa dia melanggar peraturan jalan raya.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Supt Suhaimi Jusoh berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung dakwaan pelanggaran peraturan berkenaan.
"Saya mengesahkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan menerima satu laporan polis berkaitan perkara tersebut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada media, hari ini.
Menurutnya, rakaman video yang tular itu memaparkan kenderaan dengan nombor pendaftaran P45 berkenaan memotong kenderaan di hadapan di garisan berkembar meskipun terdapat kenderaan lain di atas jalan tersebut dari arah bertentangan.
Katanya, kejadian itu berlaku di Jalan Bukit Marak - Binjai, Kota Bharu.
Terdahulu, difahamkan video tersebut dirakam seorang pengguna jalan raya sebelum ia tersebar secara meluas di media-media sosial.
Video berdurasi 38 saat itu turut dilatari dengan rungutan individu tersebut yang marah dengan tindakan pemandu kereta berkenaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai