Skip to main
Logo Malaysiakini

Nilai kebolehjangkitan bawah 1.00 di hampir semua negeri

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sebanyak 11,332 kes baru Covid-19 dicatatkan.

Setakat semalam, nilai kebolehjangkitan turun kepada 0.90. Kadar untuk seluruh Malaysia berada pada paras 1.00 sejak 1 September lalu.

Nilai kebolehjangkitan kurang daripada 1.00 mencadangkan penyebaran Covid-19 semakin berkurangan.

Pahang satu-satunya negeri yang nilai kebolehjangkitannya berada pada paras 1.00. Tiada negeri mencatatkan nilai lebih daripada ini.

Jumlah kes aktif dan kematian akan dikeluarkan selepas tengah malam.

Sarawak (2,358)
Johor (1,319)
Selangor (1,231)
Kelantan (1,088)
Sabah (965)
Pulau Pinang (895)
Kedah (819)
Perak (678)
Pahang (677)
Terengganu (629)
Melaka (303)
Kuala Lumpur (240)
Negeri Sembilan (89)
Putrajaya (19)
Perlis (19)
Labuan (3)